Pengenalan Tugasan Subjek EDU 3053

Segala Puji bagi Allah yang telah memberikan kekuatan dan rahmat kepada hamba-hambaNya.Berkat usaha dan kesungguhan didalam melaksanakan amanah sebagai Mahasiswa Institut Pendidikan Guru,akhirnya terhasilah blog 'HaYYa Nadrusu' yang merupakan tugasan Kerja Kursus untuk Subjek EDU 3053 Teknologi dalam Pendidikan.

Ustazah Mira mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat didalam usaha ini terutamanya pensyarah iaitu Puan Nor Risah Jamilah bt Mat Lazim yang banyak memberikan tunjuk ajar dan garis panduan sepanjang semester ini.Seterusnya kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong serta membantu antara satu sama lain.

Diharapkan agar blog ini memberikan manfaat dan faedah yang berterusan kepada semua manusia terutamanya mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan.Tidak lupa juga rakan-rakan blogger yang sentiasa menjadi inspirasi kepada diri agar terus berjuang di dalam menyebarkan kebaikan keseluruh manusia.

No comments:

Post a Comment