LAMAN UTAMA



Mengapa perlu mempelajari Bahasa Arab...

1) nak khusyuk solat kena memahami bahasa arab sebab 100% bacaan dalam solat ialah dalam bahasa arab, terdapat banyak ulama yang sepakat untuk khusyuk dalam solat mesti memahami apa yang dilafazkan

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”  
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2) 

2) Baca al-quran nak kena faham maknanya baru penghayatan itu lebih bermakna, saya rasa faham makna bukan hanya faham makna secara fizikal tapi secara spiritual 

 Firman Allah SWT, “Sesungguhnya KAMI turunkan ia (al-Quran) sebagai bacaan berbahasa arab agar kamu semua berfikir.” (Surah Yusuf: ayat 2).
3) Nak faham hadis juga kena faham bahasa Arab, lagipun Nabi Muhammad SAW pernah bersabda 

  hadis riwayat dari Abu al-Darda’ yang disebut oleh al-Baihaqi: “Sesiapa yang hafal untuk ummatku 40 hadis berhubung urusan agamanya, Allah akan bangkitkannya nanti sebagai seorang faqih dan aku (Muhammad) pada hari kiamat nanti akan menjadi syafaat kepadanya”. Imam Ahmad berkata, hadis ni masyhur tetapi tidak sabit.

4) Terdapat beberapa tokoh besar islam seperti  As-Syahid Iman Hassan Al Banna telah menyarankan umat islam tak kira arab @ ajam(non arab)  belajar bahasa arab 

5) Banyak perkataan bahasa Melayu datang dari bahasa Arab , dengan memegang kapasiti sebagai penutur bahasa melayu, saya rasa lebih senang untuk saya menghafal perkataan bahasa arab sebagai contoh yang mudah kerusi dalam bahasa Arab al-kursiy
6) Pencapaian umat manusia daalm kecanggihan teknologi telah memudahkan kita untuk belajar bahasa arab tanpa pergi negara Arab untuk belajar bahasa arab , semuanya di hujung jari


7) Nabi Muhammad SAW berasal dari bangsa Arab,kita sebagai umat Islam wajib mencintai Nabi Muhammad SAW kerana tanpa Baginda SAW tidak mungkin kita menperoleh nikmat Islam yang kita dapat sejak kecil lagi. bagi saya apabila kita mencintai Nabi Muhammad SAW kita akan mencintai semua perkara yang berkaitan dengan Baginda SAW 

Ahli Sunnah menganggap bahasa Arab adalah sebaik-baik bahasa di dunia. Terdapat hadith berbunyi, “Mencintai arab adalah iman, membenci arab adalah nifaq.” (Dalam Sahih Muslim dengan lafaz Hubb al-Ansar min al-iman, Kitab al-Iman, hadith 74). Orang yang tidak mencintai arab, tidak mengiktiraf kelebihan arab adalah ahli bid`ah.



No comments:

Post a Comment